Home SemasaMersing daerah pertama dilanda banjir di Johor

Mersing daerah pertama dilanda banjir di Johor

by Nurulhuda
A+A-
Reset

MERSING, 27 Dis – Daerah Mersing menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah di buka di Kompleks Taman Negara Endau Rompin pada 6 petang dan menempatkan 83 orang daripada 25 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata PPS berkenaan menempatkan penduduk Kampung Orang Asli Peta yang terjejas akibat banjir itu.

“Kawasan yang terjejas banjir ketika ini ialah Kampung Orang Asli Peta. Jalan masuk ke kampung tersebut juga terputus kerana dinaiki air,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jalan masuk ke Tenggaroh Timur juga ditutup untuk semua kenderaan selepas dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing pula memaklumkan, pemantauan kawasan berisiko banjir telah dilakukan sejak 8.30 malam tadi.

“Kawasan pemantauan yang terlibat ialah perkampungan Pulau Tenglu, Kampung Air Papan dan Kampung Sermin,” jelas APM dalam hantaran di laman Facebooknya.-airtimes.my

#semasa #banjir #Johor #PPS #airtimes

Related Articles

Leave a Reply