Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 171 PATI Bangladesh di Teluk Ramunia

Tentera Darat cekup 171 PATI Bangladesh di Teluk Ramunia

by Nurulhuda

JOHOR, 21 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD) telah membuat tangkapan terhadap 171 pendatang asing tanpa izin (PATI) lelaki warga Bangladesh di sekitar Teluk Ramunia, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) memaklumkan, kesemua mereka ditahan pada jam 3.50 petang oleh Pasukan Atur Cepat (PAC) yang sedang melaksanakan rondaan berkenderaan di sektor Op MERPATI I kawasan tanggungjawab 3 Div.

“PAC yang diketuai oleh seorang pegawai bersama 7 anggota telah melaksanakan rondaan berkenderaan di sekitar Teluk Ramunia dan berjaya menahan 171 PATI yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah tamat tempoh,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan 171 PATI tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Setia Tropika, Johor Bahru pada hari yang sama,” jelas 3 Div dalam satu kenyataan, malam tadi.

Pasukan juga telah membuat rampasan barangan dan wang berjumlah RM126, 457.00.

Dalam masa yang sama, pihak 3 Div menjelaskan, rondaan dan pengawasan akan diteruskan oleh pasukan 23 RAMD bagi mengesan saki baki PATI berkenaan. -airtimes.my

#TDM #PATI #OpMerpati #johor #airtimes

Related Articles

Leave a Reply