Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: India tambah perolehan 12 buah jet pejuang Su-30MKI

#TeknologiPertahanan: India tambah perolehan 12 buah jet pejuang Su-30MKI

by M.Daim

NEW DELHI, 19 SEPT – Kerajaan India telah meluluskan perolehan tambahan jet pejuang Su-30MKI.

Perolehan tersebut merupakan sebahagian daripada 9 perolehan yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan India baru-baru ini.

“Suruhanjaya Perolehan Pertahanan (Defense Acquisition Council , DAC) telah meluluskan 9 perolehan utama yang bernilai US$5.4 bilion,

“Perolehan 12 buah Su-30MKI berserta peralatan berkaitan akan dilakukan dari Hindustan Aeronautics Limited (HAL),” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan India pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kesemua perolehan tersebut adalah dibuat daripada pembekal pertahanan di India.

Selain daripada perolehan jet pejuang, New Delhi turut meluluskan perolehan kapal survei, kenderaan tempur ringan dan juga pembelian misil udara-ke-permukaan.

Perolehan tambahan ini dilihat bagi menggantikan jet pejuang Su-30MKI yang telah terhempas.

Sehingga kini, sebanyak 12 buah jet tempur tersebut musnah dalam insiden nahas udara semenjak ia pertama kali dioperasikan oleh Tentera Udara India (Indian Air Force) semenjak tahun 2000.

Su-30MKI merupakan jet pejuang yang dibangunkan dari Su-27. jJet pejuang ini menggunakan gabungan teknologi daripada demonstrator Su-37 dan program Su-30.

Teknologi Su-30MKI telah membawa kepada penghasilan Su-30SM yang pada ketika ini dioperasikan oleh Rusia.

Perolehan jet pejuang ini bermula seawal 1996 dengan pembelian 50 Su-30MKI dari Rusia. New Delhi kemudiannya menandatangani MoU dengan Moskow untuk menghasilkan Su-30MKI secara berlesen di India.

Sehingga kini, sebanyak 272 jet pejuang ini dihasilkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply