Home Semasa #Semasa: Himpunan Selamatkan Malaysia desak siasat semula kes Zahid Hamidi

#Semasa: Himpunan Selamatkan Malaysia desak siasat semula kes Zahid Hamidi

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Bfgm282WPhM[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa melakukan siasatan semula terhadap proses pemberhentian pendakwaan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz turut menggesa, siasatan perlu dilakukan ke atas Peguam Negara, bekas Peguam Negara, bekas Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang mengendalikan kes berkenaan.

Menurutnya, wujud dakwaan salah guna kuasa ke atas pemberhentian pendakwaan ke atas Ahmad Zahid, menyebabkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 4 September lalu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya itu percaya, berlaku manipulasi dari segi perundangan, eksekutif dan lain-lain dalam kes membabitkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa, sekali gus menimbulkan banyak keraguan.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, laporan ini dibuat susulan beberapa perkara yang meragukan selain dikhuatiri perkara itu telah dimanipulasi dari aspek perundangan dan eksekutif. Foto: Air Times/ Muaz

 

“Justeru, kita buat laporan polis supaya perkara ini disiasat dari awal, membabitkan semua pihak, bukan sahaja Ahmad Zahid, tetapi termasuk Peguam Negara yang lama dan baru, Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang dilucutkan daripada kes ini serta mereka yang terlibat dalam siasatan kes ini,

“Termasuk pasukan kedua peguam serta Perdana Menteri sendiri. Kita rasa ada benda yang tak kena. Jadi tuntutan kita adalah serius dan bukan main-main,

“Kita melihat, kalau rosak undang-undang, maka salah satu prinsip Rukun Negara telah dirosakkan dan kerajaan tidak hormat kepada Perlembagaan Negara dan undang-undang,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan solidariti seumpama itu di Permatang Pauh dan Bagan Datuk pada masa akan datang sekiranya kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terutamanya berkenaan perbicaraan rasuah Ahmad Zahid itu.

“Saya percaya mereka yang mengangkat Ahli Parlimen ini menjadi pemimpin dalam Dewan Rakyat rasa kesal dan marah kerana apa yang dijanjikan tidak dilaksanakan,

“Itu yang kita nampak sebagai Sekretariat gabungan yang kita akan adakan nanti,” jelasnya lagi.

Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Amal Malaysia berarak dari Masjid Kampung Baru menuju ke kompleks pusat membeli-belah Sogo. Foto: AirTimes/ Muaz

Terdahulu, peserta anjuran Perikatan Nasional (PN) itu berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berarak ke pusat beli belah Sogo yang dianggarkan sejauh 1.5 kilometer (km).

Kemudian, Tun Faisal Ismail bersama Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris; Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali dan 4 lain tampil membuat laporan itu di IPD Dang Wang.

Beberapa lagi aktivis dan pemimpin parti politik turut berucap pada himpunan itu termasuk ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin, Presiden Ummah Malaysia, Mohd Zai Mustafa dan aktivis BERSATU, Badrul Hisham Shaharin.

Perhimpunan berlangsung secara aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Dianggarkan hampir 1,000 peserta mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply