Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Semoga ATM terus disegani, dihormati di persada antarabangsa – Agong

#Pertahanan: Semoga ATM terus disegani, dihormati di persada antarabangsa – Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 kepada seluruh warga angkatan tentera, para veteran dan semua yang pernah berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga serta bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Istana Negara, Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,

“Baginda turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” menurut hantaran itu lagi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply