Home Semasa #Semasa: Exco Pahang antara 10 korban nahas pesawat terhempas

#Semasa: Exco Pahang antara 10 korban nahas pesawat terhempas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga Exco Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di persimpangan kawasan taman perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, hari ini.

Ketika kejadian tersebut, Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Kematian Johari itu dikongsi oleh Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsudin menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis.

“Berita yang menyedihkan, Johari Harun, Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan ADUN Pelangai telah kembali ke rahmatullah,

“Terlibat dalam pesawat terhempas di Elmina Shah Alam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya ringkas.

Gambar dan video kesan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang mula tular pada jam 3 petang tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan, mangsa terdiri daripada 8 penumpang dan kru pesawat.

Selain itu, 2 orang awam juga menjadi mangsa iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.

Katanya, pesawat jenis jet peribadi tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun dua minit sebelum mendarat, ia terhempas.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang itu terhempas kira-kira jam 2.49 petang dan ia mula tular di media sosial. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!