Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: PRN – Lebih 39,000 warga Tentera Darat terlibat undi awal

#Pertahanan: PRN – Lebih 39,000 warga Tentera Darat terlibat undi awal

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=kt6bagEtxs8[/embedyt]

 

MELAKA, 30 Jul – Dianggarkan lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) serta pasangan, akan melunaskan tanggungjawab dalam pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri pada 8 Ogos depan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan lebih 29,000 individu terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala 9,000 orang pula terdiri daripada pasangan mereka.

“Saya minta mereka yang akan keluar mengundi nanti memilih calon yang kita rasa boleh mentadbir negeri dengan baik,

“Masing-masing ada pilihan, tepuk dada tanya selera, kita tak paksa sapa-sapa untuk undi sapa-sapa tetapi mereka bebas untuk memilih calon yang mereka rasa terbaik,” katanya kepada pemberita selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak pada Ahad.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut menyertai acara menembak jemputan kategori jatuh piring dan formasi.

Dalam masa yang sama, Mohammad berkata, TDM sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan Op Neraca di 6 negeri terbabit, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sepanjang PRN berkenaan berlangsung di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang termasuk Selangor.

Beliau berkata, pihaknya juga telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti lokasi panas di 6 negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau situasi yang boleh menggugat ketenteram awam, dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi terlibat.

Terdahulu, Mohamad telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadian bagi UKMTD yang memperlihatkan Trup Tentera Darat 1 yang diwakili 10 Briged Para mengungguli pertandingan pada tahun ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply