Mohamad yang tiba pada pukul 5.30 petang dari Ipoh, Perak bersama isteri, Normah Alwi disambut oleh Ketua Menteri, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Turut menyambut kehadiran Mohamad ialah Panglima 3 Divisyen Kem Terendak, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan kira-kira 5,000 warga Tentera Darat Melaka bersama keluarga masing-masing.

Majlis sambutan itu diserikan dengan hidangan pelbagai jenis juadah melibatkan 14 buah gerai dan Mohamad sebelum majlis berakhir menyampaikan duit raya kepada anak-anak tentera.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tiba di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kem Terendak, Melaka yang disambut oleh Menteri Besar Melaka, YB Tuan Haji Adly Zahari, PAT, Jen Tan Sri Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, PTD, Jen Tan Sri Zulkiple bin Hj Kassim dan Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah. Foto – twitter Tentera Darat