Home Politik PRN Melaka: Pusat Undi Awal Tentera secara bersasar, patuh SOP – Panglima 3 Divisyen

PRN Melaka: Pusat Undi Awal Tentera secara bersasar, patuh SOP – Panglima 3 Divisyen

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=7_nWZQSYtUQ[/embedyt]

 

SUNGAI UDANG, 16 Nov – Seramai 10,191 pegawai, anggota dan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan tanggungjawab mereka di 7 Pusat Pengundian Awal (PPA) di Kem Terendak, secara berfasa hari ini.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, kesemua anggota yang layak mengundi dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu pada jam 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 2 hingga 4 petang.

Menurutnya, pengundian secara berfasa itu akan memudahkan anggota dan pasangan turun mengundi, selain mengelak mereka perlu menunggu lama.

Panglima 3 Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menunjukkan jari yang dicalit dakwat selepas selesai mengundi pada proses pengundian awal PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka pagi tadi.

“Kaedah itu juga menjamin keselamatan pengundi, khususnya dalam memastikan penjarakan sosial dipatuhi sepanjang proses pengundian berjalan,

“Saya lihat anggota dan pasangan begitu teruja, apatah lagi ini kali pertama Melaka ada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita sudah menentukan pergerakan anggota setiap pasukan yang diberi waktu tertentu untuk mengundi supaya mereka dapat keluar mengikut fasa,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 2, Sungai Udang pada Selasa.

Muhammad Fauzi juga memberi jaminan bahawa proses pengundian awal kali ini akan berjalan lancar dan selamat.

Petugas Kesihatan sedang melakukan proses sanitasi di bahagian ruang menunggu.

“Saya memberi jaminan proses pengundian selamat. Saya lihat ketika berada dalam pusat mengundi, sudah diambil langkah kawalan yang ketat, perlu ambil suhu dan menjaga penjarakan fizikal,

“Saya ingin memberikan keyakinan untuk semua pengundi pada 20 November (Sabtu ini) supaya jangan bimbang dan gusar. Proses SOP ketat. Saya tahu semua masih dibimbangi dengan PRN Sabah,

“Percayalah semuanya selamat. SOP dilaksanakan dengan kemas dan pasukan penguatkuasaan juga melaksana tugas dengan baik,” tambahnya.

7 lokasi mengundi bagi tentera dan pasangan akan dijalankan di Bilik Gerakan 96 DPP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Bilik Pusat Latih Palapes Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di DUN Durian Tunggal dan Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah membabitkan DUN Bukit Katil.

DUN Sungai Udang merekodkan 4 pusat pengundian awal iaitu di SK Kem Terendak I, SK Kem Terendak II dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak serta Dewan Borhan, dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan mereka dalam Kem Terendak adalah seramai 8,782 pengundi melibatkan 6,928 tentera dan 1,854 pasangan.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19 di patuhi semasa proses pembuangan undi dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 11.

Manakala, keseluruhan pengundi awal adalah 10,191 melibatkan 7,851 tentera dan 2,340 pasangan.

Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan tindakan 4 Ahli DUN (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply