Home Semasa #Semasa: 570 calon bertanding – Ravinder Singh calon tertua, Melanie Ting termuda

#Semasa: 570 calon bertanding – Ravinder Singh calon tertua, Melanie Ting termuda

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Ravinder Singh yang berusia 80 tahun menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Umum DUN ke -15 (PRU15) kali ini.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, calon termuda bertanding pula adalah Melanie Ting Yi-Hlin yang berusia 23 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), bagi DUN Bukit Antarabangsa.

Terdahulu, sebanyak 573 calon akan bertanding merebut 245 kerusi DUN pada pilihan raya 6 negeri pada 12 Ogos nanti.

Beliau menjelaskan, sebanyak 571 kertas pencalonan diterima bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta Terengganu, tetapi 1 telah ditolak.

Kertas yang ditolak itu dikemukakan calon BEBAS yang menawarkan diri bertanding di DUN Kota Lama di Kelantan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN, menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 antara calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS, katanya dalam kenyatan pada Sabtu.

“SPR menerima 83 kertas penamaan calon di Kedah, Kelantan (97), Terengganu (66), Pulau Pinang (95), Selangor (147), Negeri Sembilan (83) dan PRK Kuala Terengganu 2 kertas penamaan,” ujarnya lagi.

Abdul Ghani berkata, seramai 168 calon yang bertanding dalam PRN itu adalah daripada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) seramai 138 calon, Barisan Nasional (BN) seramai 108 calon, 77 calon bertanding mewakili PAS.

“Selain itu, seramai 13 calon bertanding atas tiket PRM, 19 calon MUDA, 4 calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), 2 calon Penang Front Party (PFP), seorang calon Parti Utama Rakyat (PUR) dan 41 orang bertanding sebagai calon Bebas” katanya.

Abdul Ghani berkata, pertandingan satu lawan satu yang terlibat dalam PRN membabitkan 180 kerusi, 3 penjuru di 51 kerusi, 4 penjuru di 13 kerusi manakala kerusi DUN Lunas, Kedah menyaksikan pertandingan 5 penjuru.

“Calon paling ramai bertanding adalah dalam kalangan yang berusia antara 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 204,” katanya.

Seramai 111 calon berusia lebih 60 tahun, calon berumur 40 hingga 49 tahun seramai 157, calon berusia 30 hingga 39 seramai 83 orang manakala calon berusia 21 hingga 29 seramai 17 calon, katanya.

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos depan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply