Home Semasa #Pertahanan: Kali pertama saya lihat sendiri jumlah sebenar dan keupayaan aset mekanize – Agong

#Pertahanan: Kali pertama saya lihat sendiri jumlah sebenar dan keupayaan aset mekanize – Agong

by M.Daim

KUANTAN, 18 JUL – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga Baginda kepada Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Bgd Mek) atas pencapaian mereka dalam Eksesais Jungle Falcon yang diadakan baru-baru ini.

“Saya begitu bangga dengan pencapaian dan terima kasih kepada 4 Bgd (Mek),

“Inilah kali pertama saya dapat dengan secara mata sendiri melihat berapa banyak aset-aset

dalam Briged Mekanize ini telah menunjuk keupayaan yang sebenarnya pada hari ini,” titah Al Sultan Abdullah selepas menyaksikan Demonstrasi Serangan Eks Jungle Falcon, pada Ahad lalu.

Baginda yang merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut bertitah agar latihan bilateral Tentera Darat Malaysia dan UAE Land Forces dapat mengekalkan hubungan kedua-dua negara yang telah lama terjalin.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah menyampaikan titah Baginda kepada para peserta Eks Jungle Falcon selepas menyaksikan demonstrasi serangan mekanize Tentera Darat Malaysia-UAE Land Forces. Foto: Air Times/M. Daim

Al Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar latihan ini akan memberi satu kenangan yang berharga dan boleh dibanggakan atas pelaksanaan yang cukup baik.

Terdahulu, Al Sultan Abdullah berkenan untuk berangkat menyaksikan demonstrasi serangan dan majlis penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 1/2023 di Felda Panching Selatan, Kuantan.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Eks Jungle Falcon merupakan kali pertama diadakan di antara Tentera Darat dan UAELF.

Latihan ini berlangsung selama 11 hari  semenjak 6 Julai lalu dan memberikan fokus peperangan hutan serta operasi mekanize.

Serangan akhir yang dilaksanakan pada pagi Ahad lalu menyaksikan penggunaan elemen kenderaan tempur berperisai, kereta kebal dan juga infantri dalam strategi untuk merampas kawasan bukityang dikuasai oleh musuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply