Home Teknologi Pertahanan Iran pamer peluru berpandu balistik hipersonik pertama, Fattah

Iran pamer peluru berpandu balistik hipersonik pertama, Fattah

by M.Daim

TEHRAN, 6 JUN – Iran telah mempamerkan peluru berpandu hipersonik pertama buatan negara itu, Fattah.

Peluru berpandu tersebut telah dihasilkan oleh kumpulan pakar dari pasukan tentera negara itu, IRGC Aerospace Force.

“Fattah mempunyai jarak serangan sejauh 1,400 kilometer dan mampu untuk mengatasi mana-mana sistem pertahanan peluru berpandu balistik,

“Misil ini berupaya untuk melakukan serangan yang tepat dan mempunyai ciri-ciri stealth bagi mengelakkan ia dikesan oleh radar,” lapor media Iran.

Peluru berpandu balistik didakwa mampu mencapai kelajuan Mach 13 dan berupaya menggempur sasaran pada jarak 1,400 kilometer.

Laporan itu turut menyebut Fattah mampu untuk mengatasi sistem pertahanan misil keluaran Israel, Iron Dome.

Selain daripada itu,  Fattah dilaporkan mampu untuk terbang pada kelajuan 13 kali ganda dari kelajuan bunyi (Mach 13 atau 15,900 kilometer sejam). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply