Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Lepas DAP masuk dewan UMNO, ramai ahli bakal keluar parti – Annuar

Lepas DAP masuk dewan UMNO, ramai ahli bakal keluar parti – Annuar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Mei – UMNO bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia kerana sokongan rakyat diberikan khususnya ketika UMNO bersama PAS, bukan DAP.

“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya,

“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti itu,

“UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-Allah,” kata beliau dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad.

Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa parti politik terbesar orang Melayu itu bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 

Semalam, Kerajaan Perpaduan menganjurkan Konvensyen Nasional buat julung kali hari ini di WTCKL.

Acara itu dibuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.

Konvensyen itu menghimpunkan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan dan disifatkan kesemua pemimpin dalam gagasan itu sebagai peristiwa bersejarah dalam pembentukan kerajaan yang stabil. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply