Home Semasa Laut China Selatan: Beijing sedia berunding dengan ASEAN

Laut China Selatan: Beijing sedia berunding dengan ASEAN

by M.Daim

BEIJING, 2 April – Kerajaan China sedia bekerjasama dengan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk mempercepatkan perundingan berhubung Kod Tatacara di Laut China Selatan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang semasa bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Asia merupakan rumah kita bersama dan kerjasama menang-menang adalah satu-satunya pilihan terbaik,” kata Li yang dipetik oleh Xinhua.

Pada masa yang sama, Li menggesa China dan Malaysia tidak perlu berbelah bahagi dalam mempertahankan multilateralisme, melindungi kepentingan bersama negara membangun dan ekonomi sedang pesat membangun, serta memberi sumbangan yang lebih besar untuk menambah baik sistem tadbir urus global. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply