Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Ziarah rumah ibadat bukan Islam: PAS Selangor junjung kasih titah Sultan Selangor

Ziarah rumah ibadat bukan Islam: PAS Selangor junjung kasih titah Sultan Selangor

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mac – PAS Selangor menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan ke atas umat Islam melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam dengan tujuan untuk mempelajari kepercayaan lain.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, atas kebijaksanaan titah Tuanku itu, PAS Selangor mengambil kesempatan menyeru semua umat Islam di Selangor agar akur dan taat pada larangan ini.

“Dengan penuh tanggungjawab dan prihatin Tuanku Sultan mengingatkan rakyat negeri ini bahawa demi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah-faham tambahan telah sedia ada undang-undang yang melarang penyebaran agama dan kepercayaan lain dikalangan umat Islam, maka keputusan larangan MAIS ini sangatlah tepat dan wajar,” katanya da;am satu kenyataan, pada Ahad.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Sultan Sharafuddin beritah menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat terhadap perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Yunus menegaskan, keharmonian antara agama dan kehidupan rukun damai dikalangan rakyat Selangor yang berbilang kaum sangat penting demi kestabilan dan kemakmuran negeri ini.

“PAS akan sentiasa menekankan aspek ini dan dalam waktu yang sama memastikan agar larangan pihak MAIS ini dipatuhi semua pihak,

“Oleh itu sikap toleran dan saling hormat-menghormati sangat penting dan PAS Selangor akan pastikan tiada mana-mana pihak menganggu ketenteraman sedia ada,” tambahnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply