Home Semasa Plaza tol lebuh raya PLUS kini dilengkapi 12 lorong RFID

Plaza tol lebuh raya PLUS kini dilengkapi 12 lorong RFID

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Kerja-kerja penambahan 12 lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja penambahan lorong itu siap lebih awal dari perancangan asal iaitu pada pertengahan April.

Beliau menjelaskan, lorong tambahan RFID berkenaan adalah di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

“Saya diberi jaminan bahawa sistem RFID ini akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik, namun saya juga mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuh raya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol,

“Pada masa yang sama juga pengguna hendaklah memastikan baki eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana berjaya melakukan kerja-kerja berkenaan lebih awal daripada yang dijadualkan sebelum ini. -airtimes.m

Related Articles

Leave a Reply