Home Video Jambatan Bailey Felda Selancar sambung laluan darat 11,000 penduduk

Jambatan Bailey Felda Selancar sambung laluan darat 11,000 penduduk

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TCWNH1syy9o[/embedyt]

ROMPIN, 5 Mac – Jambatan Bailey yang dibina dengan gandingan tenaga Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia akan menghubungkan laluan darat yang terputus kepada 11,000 penduduk.

Menurut Jurutera JKR Daerah Rompin, Mohd Faiz Mohd Faudzi, laluan terputus akibat air yang melimpah pada parit ladang. Ini berikutan taburan hujan yang agak tinggi pada 1 Mac lalu.

“Taburan hujan yang tinggi telah menyebabkan berlakunya limpahan di parit ladang. Selain itu, sistem pembentung  tidak dapat menampung aliran yang tinggi akibat hujan lebat tersebut,

“Ini telah menyebabkan hakisan kerukan di sekitar tebing jalan,” katanya kepada Air Time.

Beliau menambah, jurang hakisan jalan bertambah dari ke hari.

“Pada permulaan, ukiran bukaan runtuhan adalah sekitar 15 meter. Ukuran dilakukan semula dilakukan pada keesokan harinya dan ia bertambah kepada 23 meter,

“Sehari kemudian, kita ukur lagi sekali dan ia bertambah kepada 24 meter,” jelasnya.

Tambahnya, situasi ini merupakan satu cabaran yang besar kerana keadaan hujan yang turun tanpa henti.

Faiz turut menjelaskan keadaan ini memerlukan kerja-menstabilkan hakisan sebelum kerja-kerja pemasangan jambatan boleh dilakukan.

Terdahulu, Jalan Persekutuan FT2490 di kawasan Felda Selancar 6, Rompin ditutup semenjak 1 Mac lalu berikutan jalan tersebut runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.

Kerja-kerja pemasangan Jambatan Bailey mula dilaksanakan selepas hakisan berjaya distabilkan.

Menurut Faiz, penutupan jalan tersebut menyebabkan kira-kira 11,000 penduduk terjejas kerana terputus laluan perhubungan darat.

“Mereka perlu menempuh perjalanan lebih 70 kilometer untuk melalui Segamat,” katanya.

Sementara itu, Komander Rejimen Jurutera 3 Division, Kolonel Hanapiah Harun menyatakan pihaknya mengatur gerak gabungan skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dari Temerloh dan Kluang untuk membantu JKR membina Jambatan Bailey.

“Setelah menerima arahan dari Panglima Tentera Darat, kita telah mengatur gerak 11 Skuadron RAJD dari Temerluh dan 8 Skuadron RAJD darin Kluang untuk membantu JKR,

“Bagi tujuan ini, kita telah menghantar 36 anggota dan diketuai dengan 2 orang pegawai,” katanya.

Sementara itu, JKR menyatakan pemasangan Jambatan Bailey 75 peratus siap setakat pukul 3 petang. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply