Home Video Kenderaan tempur berperisai Ukraine bedil kereta kebal Rusia

Kenderaan tempur berperisai Ukraine bedil kereta kebal Rusia

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ApXe0PQYMrA[/embedyt]

KYIV, 15 Mac – Walaupun dikepung, tentera Ukraine meneruskan operasi meneruskan operasi pertahanan mereka di Mariupol.

Terbaharu, video memaparkan pertempuran antara tentera Ukraine dan Rusia mula tular di media sosial.

Satu per satu kenderaan armor milik tentera Rusia dengan tanda Z dibedil oleh BTR-4 milik Ukraine.

Berdasarkan maklumat dari sumber, kejadian berlaku di Mariupol, baru-baru ini.

BTR-4 merupakan kenderaan tempur berperisai milik Ukraine yang dilengkapi dengan meriam automatik 30mm, pelancar grenad dan mesingan.

Situasi pertempuran di luar kenderaan dapat dilihat pada paparan visual dalam kenderaan.

Kenderaan armor peninjau Rusia, BRM-1K digempur oleh meriam 30mm BTR-4.

Ianya merupakan situasi semasa yang berlaku di Mariupol, tenggara Ukraine.

Pada ketika ini, Tentera Rusia mula pertingkatkan serangan terhadap bandar pelabuhan tersebut.

Serangan dilancarkan sebaik sahaja gencatan senjata tamat.

Mariupol tersebut merupakan bandar pelabuhan Laut Azov terakhir yang masih dikuasai oleh Ukraine.

T-72 Rusia dikesan dalam paparan video BTR-4 kendalian tentera Ukraine.

“Tentera Rusia cuba tawan Mariupol dengan mempertingkatkan serangan terhadap bandar itu,” kata Angkatan Tentera Ukraine dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Rusia telah melancarkan beberapa gelombang serangan yang terdiri daripada infantri dan kereta kebal.

Elemen serangan tentera Rusia turut dibantu oleh Tentera Republik Donestk.

Sementara itu, pihak pengurusan bandar Mariupol mengesahkan 160 kenderaan persendirian telah keluar dari kawasan itu.

“Kesemua kenderaan terbabit telah keluar dari kawasan bandar dan menuju ke Berdyansk,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdyansk merupakan bandar pelabuhan Ukraine yang telah jatuh ke tangan Rusia.

Mariupol merupakan bandar kedua terbesar dalam wilayah Donestk Ukraine dan dikepung oleh tentera Rusia semenjak 2 minggu lalu.

Sehingga 14 Mac, pihak berkuasa bandar tersebut melaporkan lebih 2,350 nyawa terkorban semenjak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada bulan lalu.

Agensi Palang Merah Antarabangsa memberi amaran situasi kemanusiaan Mariupol bertambah buruk dari hari ke hari. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply