Home SemasaGlobal Iran mahu guna peluru berpandu ‘Paveh’ robek Iron Dome

Iran mahu guna peluru berpandu ‘Paveh’ robek Iron Dome

by M.Daim

TEHRAN, 27 Feb – Iran telah menghasilkan peluru berpandu kruis jarak jauh baharu yang dikenali sebagai Paveh.

Peluru berpandu kruis tersebut dilaporkan mampu untuk menyerang sasaran pada jarak 1,650 kilometer.

Ketua bahagian aeroangkasa tentera Iran, Amir Ali Hajizadeh menyatakan “sasaran pertama Paveh adalah sistem pertahanan udara Iron Dome Israel”.

“Sistem pertahanan Israel tidak mampu untuk berhadapan dengan kemampuan dan keupayaan persenjataan Iran termasuk peluru berpandu baharu ini,” katanya yang dipetik oleh media Iran.

Sementara itu, Hajizadeh menyatakan negara itu sedang membangunkan sistem peluru berpandu hipersonik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply