Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 1 KAD atur gerak anggota, aset laksana Op Murni di Rompin

1 KAD atur gerak anggota, aset laksana Op Murni di Rompin

by Nurulhuda

PAHANG, 30 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pasukan di bawah naungan Markas Briged Keempat Infatnri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd (Mek)) turut diaturgerakkan di sekitar kawasan yang terjejas banjir di Pahang sejak Rabu lalu.

Pihak Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) memaklumkan, seramai seorang pegawai dan 25 anggotanya telah diaturgerak bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Rompin.

“Manakala seramai 25 anggota pula diaturgerakkan bagi memberi bantuan di kawasan Keratong,” jelas 1 KAD menerusi hantaran di media sosialnya malam tadi.

Jelasnya, aktiviti bantuan banjir diteruskan dengan membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar barang bantuan kepada penduduk di Kampung Inoi, Keratong dan Kampung Bukit Lepas, Rompin

“Seorang pegawai dan 6 anggota telah membantu PKOB Rompin menghantar tandas mudah alih ke PPS Kampung Setajam, Rompin dan telah membantu memindahkan barang bantuan dari stor PKOB ke Balairaya Sungai Puteri, Rompin,

“Selain itu, mereka turut membantu menghantar 9 Petugas Kesihatan dan bekalan air mineral di PPS Kampung Denai, Rompin,” jelasnya lagi.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir di Rompin menunjukkan sedikit peningkatan dari malam tadi selepas 219 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan di 3 PPS berbanding 200 orang daripada 63 keluarga pada sebelah petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS Kampung Setajam menempatkan 171 orang manakala Kampung Denai (27 orang) dan Balai Raya Kampung Jawa (21 orang).

Sementara itu paras Sungai Keratong di Rompin kekal melepasi paras bahaya namun menunjukkan trend penurunan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply