Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Urban Tiger: Pamer kesiagaan Harimau Para dalam peperangan OBUA

Eksesais Urban Tiger: Pamer kesiagaan Harimau Para dalam peperangan OBUA

by Nurulhuda

MELAKA, 29 Jan – Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD Para) telah melaksanakan Eksesais Urban Tiger Siri 1/23 yang berkonsepkan Operation In Build-Up Area (OBUA) pada 20 hingga 26 Januari lalu.

Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesais yang dilakukan di sekitar kawasan Kem Terendak, itu melibatkan aturgerak Ground Tactical Manuever memfokuskan operasi OBUA sebagai Pre-Deployment Training (PDT) kepada Eksesais Desert Tiger yang akan dilaksanakan di Abu Dhabi pada awal Februari 2023.

Menurut Markas 10 Bgd Para, latihan ini dimulakan dengan aturgerak ke Zon Pendaratan (Landing Zone) dengan simulasi Air Mobile Operation dan melaksanakan RV Procedures di DZ Bidara.

“Selanjutnya Tactical Adv to Battle sehingga ke kawasan terbina dalam Kem Terendak di mana serangan dilaksanakan bagi memusnahkan musuh,

“Bagi meningkatkan core competency dalam latihan ini, Battle Handover (BHO) dilaksanakan bagi membolehkan Kump Induk Utama melaksanakan gerak mara untuk meneruskan operasi selanjutnya,” jelas pihak 10 Bgd Para.

Kemudian, eksesais ini diakhiri dengan pelaksanaan Action After Review sebagai salah satu elemen validasi latihan dan penambahbaikan pada masa hadapan.

Tambahnya, eksesais yang berkonsepkan OBUA ini telah dirangka secara terperinci menggabungkan fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan yang menguji semua peringkat.

“Eksesais ini akan menguji kesiapsiagaan termasuk fungsi MK Batalion sebagai staf perancang dan juga mempamerkan Leadership di setiap lapisan kepimpinan Komp sebagai Pelaku Biru,

“Latihan ini adalah selari dengan direktif latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap Paratrooper dalam core business iaitu berlatih untuk berperang,

“Ia juga sejajar dengan Perintah Ulung PTD Ke-28 Tonggak Pertama iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan,” jelas hantaran itu lagi,. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply