MELAKA, 14 Jan – Latihan Endurance Challenge Tachtlon 10 Briged (Para) telah dilaksanakan pada 10 Januari lalu sebagai pembuka tirai aktiviti pasukan pada tahun 2023.
Markas 10 Bgd (Para) memaklumkan, latihan tersebut turut disertai oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal, bersama Pegawai Memerintah dan warga 10 Bgd (Para) yang diakhiri dengan acara menembak Pistol di Lapang Sasar 400 Meter, Kem Terendak.
Turut dipertonton adalah Cpl Lapham Demonstration yang memfokuskan kepada kebolehan seorang anggota logistik yang mempamerkan nilai-nilai multi-skill, practicality, substance and action oriented.
“Secara tidak langsung, pengurusan latihan anggota dan pentadbiran dapat dioptimumkan dan direncanakan sebaiknya,” jelas 10 Bgd (Para) menerusi hantaran di media sosialnya pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Panglima 10 Bgd (Para) turut mengingatkan kepada pemerintah dan staf supaya mengekal serta menterjemahkan nilai-nilai leadership, values and pride dalam menjunjung tinggi integriti organisasi sebagai sebuah pasukan rapid deployment force dalam mendepani cabaran mendatang.
“Pelaksanaan latihan ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan,
“Misi yang menekankan kepada usaha menambahbaik profesionalisme serta profisiensi taktikal dan teknikal melalui keberkesanan latihan individu, kolektif dan joint serta latihan berterusan,” jelas 10 Bgd (Para) lagi. -airtimes.my
Galeri gambar: