Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 13 PATI Myanmar sembunyi dalam kebun getah diberkas Tentera Darat

13 PATI Myanmar sembunyi dalam kebun getah diberkas Tentera Darat

by Air Times News Network

BUKIT KAYU HITAM, 25 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya memberkas 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang cuba masuk ke negara menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI yang telah ditahan menerusi sektor Operasi (Op) Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd).

“Tim Ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand telah mengesan pergerakan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan yang cuba bersembunyi di kawasan belukar dalam kebun getah,

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua orang awam tersebut seramai 13 orang,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur antara 18 hingga 51 tahun terdiri daripada 12 lelaki serta seorang wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, turut dirampas adalah 7 buah telefon bimbit; wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand bernilai RM504.92; 10 kad pengenalan warga Myanmar serta 7 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM4,004.92.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply