Home Semasa Tiada rakaman video libatkan Najib dalam penjara

Tiada rakaman video libatkan Najib dalam penjara

by Air Times News Network

KAJANG, 25 Okt – Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, hasil semakan menunjukkan video yang tular tersebut telah dirakam lebih awal oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?