Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat rampas 595kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand

Tentera Darat rampas 595kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand

by Air Times News Network

KUALA NERANG, 20 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya merampas 595 kilogram (kg) daun ketum yang cuba diseludup ke negara jiran di sempadan Malaysia-Thailand.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (Mk 6 Bgd) dalam hantaran di media sosialnya berkata, pasukan keselamatan (PK) telah melaksanakan rondaan perairan dan menjumpai sebungkus plastik hitam yang dipercayai daun ketum.

“Susulan penemuan tersebut, PK telah melakukan pemeriksaan kawasan sekitar dan telah menjumpai sejumlah 8 guni putih serta 43 plastik hitam berisi daun ketum,

“Daun ketum tersebut dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran di sempadan,” katanya.

Menurut Mk 6 Bgd, berat keseluruhan barang rampasan adalah 595 kg dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM25,270.

“Barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply