Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais Kerismas: PASKAL pamer ketangkasan dalam misi penyusupan

Eksesais Kerismas: PASKAL pamer ketangkasan dalam misi penyusupan

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 14 Okt – Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempamerkan ketangkasan dalam misi penyusupan sempena Eksesais KERISMAS 27/22 yang dilaksanakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu serta perairan Laut China Selatan bermula 3 hingga 23 Oktober ini.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, PASKAL turut memperlihatkan kecekapan dalam memastikan misi yang diberi mencapai objektif yang ditetapkan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM telah hadir menyaksikan latihan keupayaan dan kompetensi melibatkan anggota PASKAL di Stesen LIMA TLDM, semalam.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany serta barisan kepimpinan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) TLDM.

Menurutnya, Affendi turut ditaklimatkan dengan latihan melibatkan  penyatuan Naval Gunfire Support (NGS) dan Air Defence Exercise (ADEX). – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply