Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 300 peledak bom ikan di Kudat

APMM rampas 300 peledak bom ikan di Kudat

by Nurulhuda

KUDAT, 14 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat telah merampas sebuah bot pam yang dipercayai melakukan aktiviti bom ikan di perairan Kudat dirampas, pada Rabu.

Pengarah APMM Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Lingkutan, pada jam 7.55 pagi.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran bot peronda APMM, bot terbabit bergerak laju menuju ke kawasan pesisir pantai dalam usaha melarikan diri.

“2 suspek bertindak terjun ke laut setelah bot yang dinaiki tersangkut di kawasan perairan cetek,

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemui 300 peledak atau ‘detonator’ serta 3 gulung sumbu yang disyaki digunakan untuk aktiviti mengebom ikan,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, bot berkenaan telah dirampas dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM17,000 dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,”jelasnya.

Maurice berkata usaha mengesan pemilik bot serta suspek berkenaan sedang dilakukan.

Dalam masa yang sama, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang salah laku jenayah di laut untuk menghubungi Pusat Operasi APMM Kudat di talian 088-611858.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply