Home Semasa Polis tahan individu gunting Jalur Gemilang

Polis tahan individu gunting Jalur Gemilang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan individu yang dipercayai merosakkan bendera Jalur Gemilang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek telah ditahan pada jam 12.30 tengah hari, hari ini.

“Suspek yang berusia 41 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,

“Individu tersebut akan direman pada 19 Ogos 2022 bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru masyarakat awam agar melaporkan terus kepada PDRM berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan vandalisme dengan menggunting bendera Jalur Gemilang di akaun tiktok milik @iekakartika_. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply