Home Semasa Agong terima darjah tertinggi kerajaan Turki

Agong terima darjah tertinggi kerajaan Turki

by Air Times News Network

ANKARA, 17 Ogos – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima darjah tertinggi kerajaan Turki, Turkish Order of the State sempena lawatan baginda ke Turki.

Istana Negara dalam hantaran media sosialnya berkata, penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden, pada Selasa.

Jelasnya, baginda merupakan ketua negara ASEAN pertama yang menerima penganugerahan darjah tersebut.

 

“Seri Paduka Baginda antara 5 pemimpin negara yang menerima pingat tersebut di bawah pimpinan Erdogan selain Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz; Raja Belgium, Raja Philip; Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al- Jaber Al-Sabah dan Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi,

“Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah darjah tertinggi negara Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Erdogan,” katanya.

Baginda turut berkenan menyaksikan Konsert Tradisional yang dihoskan Erdogan sejurus selesai pengurniaan anugerah darjah tersebut.

Turut mengiringi baginda iaitu Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply