TERENDAK, 5 Ogos – Eksesais LINUD MALINDO 2022 yang membabitkan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) menjadi medan penyatuan peranan dan penugasan diantara kedua-dua buah negara.
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal di Padang Bola 17 RAMD (Para), Kem Terendak pada Selasa lalu.
Di dalam latihan ini, KOSTRAD dan 10 Briged (Para) masing- masing di wakili oleh YONIF PARA RAIDER 432 dan 17 RAMD (Para) telah diberi kepercayaan untuk menjayakan eksesais gabungan yang dilaksanakan setiap tahun ini.
Khairul Azmizal dalam ucapannya menjelaskan bahawa eksesais gabungan adalah untuk meningkatkan interoperability dan kepakaran selain mengekalkan serta meningkatkan hubungan professional ketenteraan diantara Malaysia dan Indonesia.
Eksesais LINUD MALINDO ini telah diasaskan berdasarkan keputusan oleh General Border Committee Meeting diantara Malaysia dan Indonesia yang memberi fokus kepada latihan bersama operasi lintas udara ataupun airborne operations diantara TDM dan TNI-AD.
Latihan ini merupakan eksesais bilateral tahunan dua hala yang dilaksanakan setiap tahun oleh 10 Briged (Para) dan Kostrad TNI-AD (SATGAS LINUD – Satuan Tugas Lintas Udara).
Kali terakhir eksesais ini dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 2019. -airtimes.my
Galeri gambar: