Home Semasa Bot nelayan terbakar, 20 kru warga Laos selamat

Bot nelayan terbakar, 20 kru warga Laos selamat

by Air Times News Network

MERSING, 5 Ogos – Seramai 20 nelayan warganegara Laos terselamat dalam kejadian bot yang dinaiki mereka terbakar di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, maklumat kejadian bot tempatan terbakar itu telah disalurkan kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.

“Zon Maritim Mersing telah mengaturgerak bot ronda kelas Perkasa ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua 20 mangsa telah diselamatkan terlebih dahulu oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi bot terbakar,

“Kesemua mangsa lelaki warganegara Laos yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka bagi tindakan
Selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Khairul Nizam, kesemua mangsa memberitahu bahawa kejadian dipercayai berpunca dari
kebakaran di bahagian enjin sebelum ianya mula merebak ke semua bahagian bot. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply