Home Semasa Bubar Parlimen jalan terbaik, jika PN dan Bersatu terus desak jawatan TPM

Bubar Parlimen jalan terbaik, jika PN dan Bersatu terus desak jawatan TPM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata, bubar Parlimen dilihat penyelesaian terbaik jika Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus mendesak jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Beliau berkata, rakyat ketika ini sedang dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup yang menuntut semua pihak tidak kira daripada pelbagai latar belakang politik duduk semeja membincangkan soal bagaimana mereka boleh mencari penyelesaian kepada isu membelenggu rakyat itu.

“Sebarang pelantikan baharu jawatan dalam kabinet termasuk TPM tidak diperlukan pada ketika ini,

“Jika kerajaan tetap membuat keputusan melantik TPM, rakyat akan merasakan bahawa ia adalah satu pembaziran yang tidak perlu,

“Tambahan lagi, hangat diperkatakan ketika ini pembubaran Parlimen semakin hampir dan jika benar, maka tidak perlulah lantikan TPM,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, sekiranya desakan terus berlaku, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewajarnya memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen memandangkan tempoh penggalnya hampir tamat tahun depan.

“Pelantikan TPM hanya akan menambah jumlah anggota Kabinet yang sedia besar ketika ini,

“Isu ini tidak perlu pun dibangkitkan dalam keadaan rakyat yang terus tertekan. Kelangsungan rakyat lebih utama berbanding ahli politik,

“Daripada terus bergaduh soal jawatan kabinet, lebih baik serah kembali mandat kepada rakyat,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply