PONTIAN, 15 Jul – Anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (17 RAMD) Para telah melaksanakan Eksesais EAGLE CLAW Siri 1/2022 di sekitar kawasan am Pontian.
Markas 10 Briged Para (10 Bgd Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, objektif eksesais ini dijalankan adalah untuk melatih pegawai dan anggota dalam pelaksanaan tugas serta peranan 10 Briged (Para).
Eksesais yang dijalankan bermula 4 hingga 8 Julai lalu ini juga sebagai 𝘗𝘳𝘦-𝘋𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 (PDT) sebelum Eksesais LINUD MALINDO 2022 yang dijangka akan dijalankan pada bulan Ogos 2022.
Tambahnya, eksesais ini turut bertujuan bagi menguji tahap keupayaan tempur serta 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘥𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘦𝘥 pada sebilang masa.
“Latihan ini memfokuskan kepada Operasi 𝘈𝘴𝘴𝘢𝘶𝘭𝘵 𝘙𝘪𝘷𝘦𝘳 𝘊𝘳𝘰𝘴𝘴𝘪𝘯𝘨 bagi melatih pegawai dan anggota meningkatkan kemahiran TTP dan kompetensi anggota 17 RAMD (Para),
“Eksesais bermula dengan perlaksanaan 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦 dan perlaksanaan 𝘛𝘢𝘤𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘈𝘥𝘷𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘵𝘰 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦, 𝘙𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦𝘴 dan 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘳𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴,” jelas hantaran itu.
Menurutnya, eksesais seperti ini selaras dengan Teras Pemerintahan Panglima 10 Bgd (Para) serta juga mendokong Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan melalui latihan yang berterusan. -airtimes.my
Galeri gambar: