Home Pertahanan dan Keselamatan Polis serbu makmal proses dadah, tahan 11 lelaki di Lembah Klang

Polis serbu makmal proses dadah, tahan 11 lelaki di Lembah Klang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Makmal yang memproses, membungkus serta menyimpan pelbagai jenis dadah merbahaya telah terbongkar apabila diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 5 serbuan di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat lalu.

Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Deputi Komisioner Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, serbuan yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Selangor serta Kuala Lumpur ini berjaya menahan seramai 11 orang ahli sindiket.

Jelasnya, kesemua ahli sindiket yang ditahan berumur 22 hingga 38 tahun dan dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan serta pengedaran dadah disekitar Lembah Klang.

“PDRM telah berjaya merampas sebanyak 141.4 kg pelbagai jenis dadah terdiri daripada 106.3 kg ketamin; 18.6 kg eramin 5 dan 16.5 kg ekstasi,

“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM8.07 juta dan boleh digunakan oleh 502,257 orang penagih,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Noorsiah berkata, sindiket tersebut telah giat aktif sejak Februari lalu dan modus operandi yang digunakan adalah menjadikan tempat kediaman sebagai pusat memproses serta stor simpanan dadah sebelum diedarkan kepada pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama 7 hari bermulai 9 Julai lalu bagi membantu sisatan,

“Kesemua suspek yang ditahan, 2 daripada mereka didapati mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah,” ujarnya.

Tegasnya, tindakan turut diambil dalam Pelucuthakan Harta 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket yang terdiri daripada 8 kenderaan, wang tunai dan barang kemas berjumlah keseluruhan RM582,331.

Tambahnya lagi, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM8.65 juta. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply