Home Semasa Masuk lorong motosikal: Polis cari pemandu Honda City

Masuk lorong motosikal: Polis cari pemandu Honda City

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZULTFQercsg[/embedyt]

 

PETALING JAYA, 30 Jun – Pihak polis kini sedang mengesan seorang pemandu kenderaan Honda City warna kelabu yang tular memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 34.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Pengutkuasaan Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah mengesan video berdurasi 51 saat memaparkan sebuah kenderaan Honda City memandu di lorong motosikal.

Menurutnya, kenderaan yang terbabit adalah sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183.

“Laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,

“Dalam kejadian itu tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya,

“Polis meminta pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan,” malam tadi.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511.

Dalam masa yang sama, Mohamad Fakhrudin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi arah papan tanda jalan bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply