Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Wira Helo uji kompetensi, kesiagaan anggota PASKAU

Eksesais Wira Helo uji kompetensi, kesiagaan anggota PASKAU

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakasanakan Eksesais Wira Helo Siri 06/2022 (Eks Wira Helo 6/22) bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TUDM dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, eksesais yang dilaksanakan oleh fleet helikopter TUDM ini adalah untuk memastikan kompetensi dan kesiagaan anak kapal serta anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) sentiasa berada di tahap yang optimum.

“Pada masa yang sama ianya juga akan meningkatkan keupayaan, prosedur dan keyakinan kepada anak kapal dalam penerbangan taktikal dengan menggunakan kaedah penyusupan sama ada pada waktu siang mahupun malam,

“Eksesais ini telah dilaksanakan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX),” katanya.

Menurutnya, aset TUDM yang akan diaturgerakkan dalam melaksanakan eksesais ini adalah helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139.

“Pelaksanaan eksesais ini berlandaskan ‘joint environment dan operation’,

“Ianya juga turut melibatkan 10 Briged (10 Bgd) (PARA) dari TDM dan Kapal Diraja (KD) LEKIU TLDM. Melalui eksesais ini akan terus meningkatkan ‘interoperability’ dan kerjasama antara perkhidmatan,” ujarnya.

Tambah TUDM, jenis penerbangan dalam eksesais kali ini adalah HIE (Helicopter Insection & Extraction), ISR (Intelligence, Surveillance & Reconnaissance), SAREX (SARFIND), CASEVAC/MEDEVAC, Deck Landing Training/Hi-Line Transfer, High Altitude Rescue dan Aerial Sniping/Broadcast.

“Penerbangan yang utama dan terakhir yang dirancang menggunakan senario adalah Heliborne Assault akan melibatkan helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139 bersama anggota 10 Bgd PARA,” jelasnya.

Majlis Pembukaan Eksesais Wira Helo Siri 06/2022 telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Abu Hassan TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 pada 27 Jun 22.

Selain itu, pemakaian Pacth kepada para peserta eksesais termasuk wakil TDM dan TLDM turut disempurnakan sebagai simbolik perasmian eksesais. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply