Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Mohamaddin Ketapi umum keluar BERSATU, kini Ahli Parlimen Bebas

Mohamaddin Ketapi umum keluar BERSATU, kini Ahli Parlimen Bebas

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 28 Jun – Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas menyertai parti itu sejak November 2021.

Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan, kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Keputusan keluar daripada BERSATU ini kerana saya tidak diberi peranan yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti itu sebelum ini,

“Saya dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun setelah lebih 6 bulan tiada sebarang peranan yang diberikan,

“Malahan saya dan penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 12 yang lalu serta Parlimen Lahad Datu sudah diketepikan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan pada 30 Oktober tahun lalu bagi menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada masa itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply