Home Pertahanan dan Keselamatan Mayat warga asing ditemui di perairan Pelabuhan Perai

Mayat warga asing ditemui di perairan Pelabuhan Perai

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 28 Jun – Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui terapung berhampiran Jabatan Kedua Pulau Pinang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkenaan penemuan itu kira-kira jam 12 tengah hari sebelum mengaturgerakkan anggota ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Bot KILAT 26 telah diaturgerak ke lokasi tersebut dan menemui mayat berkenaan dalam keadaan terapung berhampiran sangkar ikan,

“Mayat berkenaan ditemui tanpa baju dan hanya berseluar renang serta setelah pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai,” jelas beliau dalam satu kenyataan tengah malam, semalam.

Menurutnya, mayat telah diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap bagi tindakan lanjut.

Abd Razak menjelaskan, sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply