Home SemasaGlobal China lancar kapal pengangkut pesawat ketiga

China lancar kapal pengangkut pesawat ketiga

by M.Daim

SHANGHAI, 17 Jun – Angkatan Laut Tentera Rakyat Republik China (People’s Liberation Army – Navy, PLAN) hari ini telah melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga, FUJIAN.

Upacara pelancaran kapal induk tersebut telah diadakan di Shanghai, hari ini.

Fujian merupakan kapal induk besar (supercarrier) yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat.

Kapal ini juga merupakan kapal pengangkut pesawat pertama China yang memiliki sistem CATOBAR (Catapult Assisted Take-Off Barrier Arrested Recovery”) dan electromagnetic catapult.

Menurut laporan Xinhua, kapal ini mempunyai sesaran lebih 80 ribu ton .

“Kapal ini diberikan nombor pennant 18 dan merupakan kapal pertama yang mempunyai sistem catapult yang dibina secara domestik oleh China,

“Fujian akan menjalani ujian pelabuhan dan ujian laut selepas ia dilancarkan,” kata laporan itu.

PLAN sebelum ini memiliki 2 buah kapal induk, Liaoning dan Shandong. Kedua-dua kapal pengangkut tersebut menggunakan sistem ski-jump bagi tujuan melancarkan pesawat.

Penggunaan sistem catapult bakal memperkemaskan lagi keupayaan sayap udara PLAN.

China menyasarkan untuk mempunyai 6 armada tempur kapal induk pada tahun 2035. Armada ini adalah perlu bagi mencapai status blue-ocean navy (angkatan laut biru) yang disasarkan oleh Beijing.

Pada ketika ini, kapal induk ke-4 PLAN masih lagi dalam pembinaan.

Fujian dijangka akan mula beroperasi mulai 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply