Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 2,496 Perajurit Muda Tentera Darat angkat sumpah jalani latihan di PUSASDA

2,496 Perajurit Muda Tentera Darat angkat sumpah jalani latihan di PUSASDA

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 17 Jun – Seramai 2,496 orang Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) siri 195/22 telah mengangkat sumpah untuk menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pada Khamis.

PUSASDA dalam hantaran di media sosialnya berkata, majlis ini telah diadakan sempena Upacara Tadbir Sumpah dan Penyerahan Perajurit Muda Darat siri ini telah diadakan di Hangar, Bahagian Latih, PUSASDA.

Upacara serah menyerah telah disempurnakan di antara wakil Cawangan Sumber Manusia (CSM), Mejar Mohd Dhany Mohd Nor kepada Ketua Bahagia Latih, Leftenan Kolonel Mohd Yazid Yaacob dan disaksikan oleh Komandan PUSASDA, Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.

Turut hadir menyaksikan upacara tersebut Pengarah Dasar dan Pembangunan (CSM), Kolonel Mahamad Fazli Mat Idris. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply