Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eks Belang Harimau Besi uji kemahiran, kompetensi anggota kendali senjata bantuan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eks Belang Harimau Besi uji kemahiran, kompetensi anggota kendali senjata bantuan

Eks Belang Harimau Besi uji kemahiran, kompetensi anggota kendali senjata bantuan

by Nurulhuda

SABAH, 2 Jun – Seramai 792 orang pegawai dan anggota dari Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah melaksanakan Latihan Menembak Senjata Bantuan Eksesais Belang Harimau Besi di Lapang Sasar Kota Belud pada 24 hingga 31 Mei lalu.

Markas 5 Div memaklumkan, latihan ini melibatkan atur gerak aset-aset di bawah naungan 5 Div bagi mempertingkatkan kompetensi pegawai dan anggota serta keyakinan dalam mengendalikan aset serta senjata bantuan.

Latihan ini melibatkan 2 segmen iaitu Tembakan Langsung dimulakan dengan Penerbangan Taktikal (Tactical Flying) helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) disusuli dengan tembakan Platun Infantri serta senjata bantuan bagi mempelihatkan kuasa tembakan ke atas sasaran.

“Manakala, segmen kedua pula melibatkan latihan tembakan tidak langsung yang didahului dengan penerbangan taktikal (Tactical Flying) dari Pesawat Tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai simulasi serangan ke atas musuh,

“Kemudian dilaksanakan tembakan daripada persenjataan Artileri, Mortar 81mm dan senjata-senjata bagi serangan batalion menawan kedudukan musuh,” jelas 5 Div.

Tambahnya, eksesais ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah ulung PTD ke-28 bagi memperkasakan keuntuhan organisasi.

Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad telah hadir menyaksikan latihan akhir pada 29 Mei 2022. -airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?