Home Pertahanan dan Keselamatan Himpunan 6 Jun tidak gambarkan suara veteran – PVATM

Himpunan 6 Jun tidak gambarkan suara veteran – PVATM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Jun –  Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten Datuk Sharuddin Omar (Bersara) hari ini menegaskan Himpunan Reunion 6622 tidak mengambarkan suara veteran secara keseluruhan.

“Kami berpandangan bahawa perhimpunan ini tidak menggambarkan suara veteran secara keseluruhan,

“Saya percaya majoriti warga veteran memilih pendekatan secara berhemah,” katanya.

Pada masa yang sama, Sharuddin menyatakan pihak PVATM tidak terlibat dalam perancangan dan penganjuran himpunan tersebut.

“PVATM dan juga mana-mana jawatankuasa dilantik PVATM tidak terlibat langsung dalam pengendalian, penganjuran sama ada perhimpunan, demonstrasi atau reunion (pada 6 Jun),

“Saya telah mengarahkan daripada pihak pusat kepada negeri dan maklumkan kepada semua ahli2 adalah dilarang dari menyertai perhimpunan ini,” katanya dalam satu siding media di Wisma Pahlawan.

Beliau menambah, ahli-ahli PVATM tidak dibenarkan untuk menyertai himpunan pada Isnin hadapan kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan pertubuhan.

“Mereka yang diiktiraf sebagai ahli PVATM tidak dibenarkan menyertai himpunan ini kerana ia melanggar perlembagaan  dan juga peraturan pentadbiran kita,

“Saya nak jelaskan – ia bertentangan (dengan perlembagaan),” ujarnya.

Menurutnya, tindakan yang akan diambil akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam peraturan dan perlembagaan pertubuhan.

Dalam kenyataan bertulis, Presiden PVATM turut menyatakan veteran ATM memilih pendekatan secara berhemah dalam memperjuangkan nasib mereka. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply