Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hayun kayu, pandu bahaya: Polis siasat, buru pemandu Myvi putih – Air Times News Network
Home Semasa Hayun kayu, pandu bahaya: Polis siasat, buru pemandu Myvi putih

Hayun kayu, pandu bahaya: Polis siasat, buru pemandu Myvi putih

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Beh Eng Lai menjelaskan, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat lelaki pada 9 malam tadi berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi terbabit yang memandu secara berbahaya dan menghayunkan sebatang kayu ke arahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu di Jalan MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran PGT 124 yang berada di hadapan bertindak membrek sedikit-sedikit.

“Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu,

“Mangsa mengabaikan perkara itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa namun kejadian yang dialami mendatangkan kegusaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beh berkata, polis kini sedang dalam usaha mengesan suspek di dalam video yang dirakam oleh mangsa untuk membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah,

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222,” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?