Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pengukuhan hubungan pertahanan Malaysia-Filipina terus dipertingkat

Pengukuhan hubungan pertahanan Malaysia-Filipina terus dipertingkat

by Nurulhuda

MANILA , 28 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus memperkukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan Angkatan Tentera Filipina terutamanya dari segi bilateral di antara kedua-dua negara.

Hubungan ini diterjemahkan melalui sesi kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain kepada Vice Chief of Staf, Armed Forces of the Philippines, Lieutenant General Erickson R Gloria PAF di Hall D, World Trade Center (WTC), semalam.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, sesi kunjungan hormat tersebut turut membincangkan aspek kerjasama dua hala dalam bidang latihan sebagai mengukuhkan jalinan erat hubungan pertahanan ketenteraan antara dua negara.

Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan merakamkan penghargaan di atas jemputan untuk menyertai pameran antarabangsa 4th Asian Defense And Security (ADAS) 2022 Exhibition and Conference yang berlangsung di World Trade Center (WTC), Metro Manila, Filipina bermula pada 27 sehingga 29 April 2022.

Terdahulu, Zamrose telah melaksanakan lawatan kerja ke ADAS 2022 yang telah disempurnakan oleh Secretary of National Defence of the Philippines, Secretary Delfin Negrillo Lorenzana pada Rabu.

ADAS melibatkan 156 pemain industri pertahanan dan keselamatan yang dianjurkan oleh APAC Expo Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura serta merupakan pengeluar Global Security Asia (GSA).

ADAS 2022 ini juga bakal menyaksikan perjumpaan bilateral dan trilateral di antara delegasi-delegasi negara luar berkenaan aspek keselamatan serta pertahanan serantau termasuk antarabangsa.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply