Home SemasaPerolehan LCS: Masih banyak lagi persoalan belum dijawab – Anwar Ibrahim

Perolehan LCS: Masih banyak lagi persoalan belum dijawab – Anwar Ibrahim

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kementerian Pertahanan Malaysia  masih belum menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh beliau di Dewan Rakyat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil maklum keputusan kerajaan yang bersetuju untuk meneruskan projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS).

“Menurut rekod soalan-soalan di Parlimen yang diajukan saya sebelum ini kepada Kementerian Pertahanan masih belum menjawab secara terperinci terutamanya tentang kos sebenar pemerolehan LCS,

“Saya juga tuntut Menteri menjelaskan tentang berapa kerugian yang ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan ini,” katanya.

Beliau menambah, Menteri Kanan Pertahanan tidak boleh mengambil ringan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan sejumlah dana yang besar.

“Atas dasar ketelusan ia mesti dijawab,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply