Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: Tentera Darat sedia rawatan percuma kepada penduduk setempat 

Program Jiwa Murni: Tentera Darat sedia rawatan percuma kepada penduduk setempat 

by Air Times News Network

SERIAN, 1 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Batalion Pertama Perubatan (1 Bn Ubat) dan 609 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) telah mengadakan Program Jiwa Murni (PJM) kesihatan serta pergigian bertempat di Rumah Panjang Kampung Mongkos, Serian pada Sabtu lepas.

Markas Divisyen Pertama Infantri (1 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, PJM ini dianjurkan sempena majlis perasmian pintu sempadan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Maclaine Ben @ Martin Ben.

“Program ini melibatkan seorang pegawai perubatan bersama 11 anggota bertujuan bagi menyediakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma kepada penduduk setempat,

“Selain bagi memastikan tahap kesihatan penduduk dapat dipelihara dan kepekaan terhadap kesihatan dapat dipertingkatkan,” katanya.

Menurut 1 Div, seramai 40 orang orang pesakit telah hadir membuat pemeriksaan kesihatan dan rawatan pergigian.

Program ini turut disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply