Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD GANYANG tahan bot nelayan Vietnam ceroboh, curi hasil negara

KD GANYANG tahan bot nelayan Vietnam ceroboh, curi hasil negara

by Nurulhuda

PULAU TIOMAN, 1 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh masuk perairan negara di posisi 13 batu nautika utara Pulau Tioman, pagi semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Endau kepada anggota ronda.

“Hasil pemeriksaan mendapati 23 orang tekong dan awak-awak warganegara Vietnam yang tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah,

“Kesemua mereka ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara serta mengaut khazanah negara secara haram,

“Sebuah lagi bot telah beredar meninggalkan kawasan tersebut ke arah utara,” jelasnya.

Tekong dan awak-awak warga Vietnam yang ditahan dibawa ke Tambatan Pangkalan TLDM Kuantan.

Menurut MPAB, kesemua awak-awak dan bot dibawa pulang ke Tambatan Pangkalan TLDM Kuantan bagi proses selanjutnya.

MPAB menjelaskan, penangkapan ini membuktikan keupayaan TLDM dalam menangani ancaman perairan negara selain memastikan setiap pencerobohan dikenakan tindakan undang-undang.

“TLDM akan mengekalkan inisiatif perkongsian maklumat bersama komuniti maritim,

“TLDM juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara pada sebilang masa,” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!