Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Longgokan pakaian basah bawa penemuan 6 PATI Indonesia di Tanjung Ayam

Longgokan pakaian basah bawa penemuan 6 PATI Indonesia di Tanjung Ayam

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Cubaan 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini menerusi sempadan negara gagal, apabila mereka ditahan di hutan sekitar Tanjung Ayam, Kota Tinggi pada Jumaat.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut hasil dari pengesanan longgokan pakaian yang basah di sekitar kawasan berkenaan pada jam 8.30 pagi.

Menurutnya, tim ronda Operasi Benteng (Op Benteng) telah berjaya membuat tangkapan ke atas 6 PATI tersebut yang berselindung di dalam semak di kawasan berkenaan.

“Kesemua 6 PATI telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan dan dokumentasi,

“Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 5 orang PATI lelaki dan seorang wanita warga Negara Indonesia berusia sekitar 18 hingga 41 tahun,

“Mereka telah dibuat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM681.00 melibatkan matawang Indonesia IDR 107,500 (RM 31.63), sebuah telefon bimbit bernilai RM630.00.

Tambah kenyataan itu, pasukan meneruskan atur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply