Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir PATI Filipina ceroboh masuk perairan Sandakan

Polis Marin usir PATI Filipina ceroboh masuk perairan Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 26 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan sekali lagi mengagalkan cubaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina yang cuba menceroboh masuk ke perairan negara pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintenden Polis Rusdin Banin berkata, anggotanya telah menahan dan mengusir sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, di kawasan Pulau Nunuyan lewat petang semalam.

“Anggota telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas,

“Bot tersebut di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19 dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara,

“Tindakan itu selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelasnya.

Rusdin menjelaskan, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat kepada pasukan keselamatan untuk tindakan lanjut.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!