Home Semasa Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat China – Wisma Putra

Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat China – Wisma Putra

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia dalam nahas pesawat penumpang China Eastern Airlines.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou, Republik Rakyat China sedang memantau rapi perkembangan kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan China serta keluarga mangsa yang terbunuh dalam insiden menimpa penerbangan MU5735.

Semalam, sebuah pesawat penumpang milik China Eastern Airlines telah terhempas di kawasan pergunungan di Wuzhou.

Pihak berkuasa penerbangan China menyatakan pesawat Boeing 737-89P tersebut sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou membawa seramai 123 penumpang serta 9 anak kapal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply